Mesra Aidilfitri TNB Selangor


Jamuan raya di buat pada 17 Oktober 2008 di Aras 7 Jabatan Perkhidmatan Pengguna & Pemasaran, MRCB iaitu di ofis kami . Kali ni saya buat kek coklat moist. baru2 nak belajar,hehehehe. Pada masa ni pun kali buat sambutan hari lahir dari bulan satu hingga oktober. Kami juga bertukar2 hadiah di mana seorang akan cabut nama sesiapa dan merahsiakan nama tersebut dan pada majlis tue GM sendiri yang menyampaikan hadiah tersebut. Happylah walaupun hadiah yang ditetapkan maksimum RM10.

Raya Aidilfitri 2008

Ini gambar terbaru Athirah diambil masa beraya di Kampung baru-baru ini.


Tahun nie juga mama n papa Atirah pulang ke kampung di Perak dahulu. Mula2 balik ke rumah Tok Malau kemudian pulang ke rumah Tok Terap pula. Kami pulang bersama2 mah ngah n mak Lang. Kami pulang ke kampung pada Selasa petang coz mama, papa n makcik masih bekerja hari selasa tue. Perjalanan ke kampung ok. Tiada kesesakan Jalan raya. Kami sampai di rumah Tok Malau tepat2 waktu nak berbuka puasa. Alhamdulillah kami selamat sampai ke kampung. Sepanjang perjalanan Athirah xtido kerana seronok sangat nak balik kampung,hehehehe


Ok, ini pula gambar Athirah beraya di Johor. Pulang ke Johor pada hari ke2. Semasa perjalanan pulang aircond kereta papa rosak, kepanasan kami sampai Rawang. Papa singgah Rawang untuk betulkan aircond. Alhamdulillah aircond kembali ok sehingga sampai ke Johor. Barulah kami selesa duk dalam kete, kalau x kepanasan dr Perak td. Sampai saja kami singgah rumah Mak Long di Kota Tinggi dahulu kerana semua adik beradik mama berkumpul di sana. Kamilah orang terakhir yang sampai. Setelah duduk berehat, berbual2 dan makan, kami pulang rumah Tok Abah di Air Tawar 5.

Raya ke 3 kami rehat di rumah sahaja dan pada sebelah peang family mama ada aktiviti BBQ dan Sukaneka antara family. Sungguh seronok, ada acara tiup belon,tiup tepung, lumba lari,rebut kerusi, bawak basikal lambat dan macam-macam lagi. Paling best acara baling bola bowling.Hahaha kami berlawan setiap pasangan. Sedih masa ini Athirah demam jadi mama n papa jaga Athirah dan xdapat masuk banyak acara. Xpelah tahun depan boleh cuba lagi.Akan tetapi Athirah xdapat masuk sebarang acara kerana masih kecil. Tahun nie tema baju raya family mama adalah biru laut. Jadi kami pakai sedondon, lawa x?. Pada raya ke 4 raya di Batu Pahat pula iaitu kampung Tok di sana. Pada keesokan harinya beraya dirumah Pak Itam, Pak Andak dan rumah saudara mara yang lain di daerah Kulai, Pontian dan Johor. Memang seronok pulang ke kampung kerana dapat berjumpa ramai sepupu Athirah. Kami pulang ke Shah Alam pada hari Selasa. Jalan Raya kosong aja, best sangat, so xde masalah jem Cik Nol ikut balik sama ngan Athirah. Kami singgah makan kfc di Restoran Jejantas kerana lapar sangat, Yang bestnya Cik Nol belanja makan kfc.uummmm sedapnya. Tq Cik Nol




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...