Pada tanggal 18/12/2010 aku menjalani ujian MGTT. iaitu ujian tuk lihat kadar gula dalam darah kiter...mgu sebelum ujian aku kawal mkn n byk minum air masak...tuk jalani ujian ni aku kene puasa selama 12 jam bermula 8mlm hga 8 pg...tepat kul 8.00 pagi aku, asben n eah dah terpacak kat klinik fuziah tuk jalani ujian,berdebar sgt hati ni...pada waktu tu hnye ada stuff klinik ajer..doktor kul 9.00 br dtg..pada kul lapan stuff klinik amik sample air kencing, amek darah aku n aku disuruh minum air gula secawan besar...ish nasib xmuntah kalu x aku kene ulang minum lg secawan...huh manis giler....pastu aku kuar dr klinik g mane2 jerk tuk tgu kul 10 utk di check semula...kami pn tgu saat jam 10...tibanya saat jam 10, aku diminta buang air semula n br masuk bilik doktor....doktor amek darah semula ...pehhh 2 kali amek darah...sakit tgn aku dicucuk...tahan jelah...tgk2 bacaan gula dalam darah aku agak tgi iaitu 8.8, so doktor nasihatkan utk kawal makan lagi...keluarga ku memg ada sejarah kencing manis, kakak sulungku idap kencing manis...so ader history lah...ms tue aku takut n risau sgt2.....
Now nak makan aper ajer kene jage...adus payah tul...xdapat nak mkn sedap2 lagi...Malam tu hga hrni aku wat kajian ape makanan yg boleh kurangkan gula dalam darah n kaji tentang penyakit kencing manis nie....aku suke mkn buah, buah aper ajerlah...nak mkn sayur lak ader sayur yg xmkn...so aku wat survey tentang makanan ni
Ni hasil kajian aku di internet tentang makanan yang boleh n yg xboleh aku mkn...mmmm sedey kene kawal mkn...seksa nya edup
Makanan yang perlu dielakkan sama sekali:
• Gula – semua jenis
• semua jenis manisan dan coklat (kecuali coklat masakan yang mengandungi minima 70% coklat asli dalam kuantiti yang rendah)
• semua jenis makanan yang mengandungi gula derivatif yang mempunyai akhiran -ose seperti glucose, sucrose, lactose, maltose dan banyak lagi.
• Makanan berkanji seperti pulut, beras (terutama beras siam), gandum, jenis-jenis ubi seperti ubi kentang dan ubi kayu
• Susu rendah lemak atau susu skim, dan susu pekat manis (Susu cair atau susu segar penuh krim dibolehkan dalam kuantiti yang sedikit)
• Yoghurt rendah lemak dan yoghurt berperisa (termasuk susu berperisa)
• Sos cili, sos tomato dan kicap (kecuali kicap jenama Kikkoman kerana jenama ini tidak mengandungi gula)
• Semua jenis minuman dalam botol/tin, sirap dan skuasy
• Buahan dalam tin dan jus buah-buahan (buahan dalam bentuk jus mempunyai kandungan gula lebih tinggi dari buahan segar) kecuali jus yang dicairkan – satu bahagian dicampurkan 4 bahagian air.
Makanan yang sesuai dimakan:
• Semua jenis daging – kambing, lembu
• jenis burung – ayam, itik, turkey, puyuh, merpati dsbnya
• Hati, limpa, paru, buah pinggang (mengandungi khasiat vitamin dan mineral yang sesuai untuk tubuh)
• Sosej dan nuget (bagaimanapun awasi senarai bahan dalam produk di pasaran kerana kebanyakan terdapat bahan tambahan yang perlu dielakkan seperti gula dan bijirin)
• Semua jenis lemak binatang – tiada had seperti butter dan minyak sapi. Jangan buang lemak daging dalam masakan.
• Ikan dan makanan laut termasuk yang dikeringkan
• Telur – tiada had termasuk telur asin (kecuali telur “Omega-3″ kerana telur jenis ini telah dihasilkan dari makanan tiruan yang mengandungi hormon tambahan)
• Minyak kelapa, santan, kerisek, butter, minyak sapi, krim dan yoghurt penuh lemak
• Keju kecuali cottage cheese. Pastikan anda dapatkan keju yang vegetarian kerana keju yang tidak dilabel vegetarian adalah tidak halal.
• Herba dan rempah ratus
• Sayur-sayuran dan buah-buahan segar bergantung kandungan karbohidrat
• Tauhu, tempeh dan produk dari soya
Sayur-sayuran yang sesuai
• Lobak merah
• Lobak putih
• Leek
• Labu air
• Labu panjang
• Labu kuning
• Asparagus
• Taugeh (termasuk taugeh kacang hitam, taugeh kacang soya, taugeh kacang hijau)
• Kacang panjang
• Semua jenis Kobis
• Bunga kobis
• Broccoli
• kacang buncis
• Kacang tolo
• Tomato (segar atau dalam tin)
• semua jenis cili
• Lada benggala
• Bayam
• Kangkung
• Kailan
• Semua jenis Sawi
• Semua jenis cendawan
• Dedaun salad
• Dedaun hijau seperti pucuk ubi, pucuk ranti, pucuk labu, pucuk manis
• Semua jenis ulam herba
• Bebawang (seperti bawang besar, bawang putih, bawang merah, daun bawang)
• Kucai
• Petula
• Bendi
• Timun
• Terung
• Kelapa termasuk kelapa parut
• Bangkuang atau sengkuang
• water chestnut
• Celery
• Brussel sprout
Buah-buahan segar yang sesuai
• Epal
• Mangga (tidak lebih dari satu)
• Nanas
• Jambu batu
• Betik
• Peach
• Strawberry
• Blueberry
• limau bali
• limau nipis
• limau kasturi
• Tembikai dan jenis-jenis melon
• Belimbing
• Blackberry
• Raspberry
• Kiwi
• Oren
• Limau mandarin
• Pear dan buah lai
• Laichi
• Avocado
• Durian (tidak lebih dari 2 ulas)
• Rambutan (tidak lebih dari 2 biji)