Pahit peria, seribu rahsia



Peria memang bukanlah sayuran yang digemari ramai kerana rasanya yang pahit.Peria juga mempunyai dua saiz yang berbeza yang kecil dan besar. Yang kecil berwarna hijau tua dan dipanggil ‘peria katak’ manakala yang besar berwarna hijau muda.

Rupanya......... menggerutu, rasanya pula pahit tetapi peria sebenarnya sejenis sayuran yang mempunyai sumber vitamin yang baik. Selain rendah kalori dan berfiber tinggi, peria mengandungi vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan manganese.

Mungkin anda pernah terdengar bahawa peria baik untuk mereka yang menghidap penyakit diabetes atau kencing manis. Ini ada kebenarannya kerana peria mengandungi konstituen-phyto unik yang disahkan boleh member kesan hypoglysemik yang dipanggil charantin.

Selain itu terdapat juga satu kompaun seperti insulin dikenali sebagai polipeptid P yang diberikan kepada pesakit diabetik sebagai pengganti insulin.

Peria juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan lain, antaranya mengubati penyakit taun di peringkat awal, meningkatkan tenaga dan stamina, baik untuk mata, membersihkan dan memperbaiki hati yang bermasalah akibat minum alcohol, membina system imun, mengatasi masalah buasir dan sebagainya.

Khasiat tersembunyi

Sejak zaman purba peria dipercayai mampu merawat penyakit kencing manis. Menurut doktor dari England yang mengkaji mengenai kandungan peria, mereka percaya bahawa kandungan insulin dan hypoglycemic yang terdapat di dalamnya mampu menjadi plantinsulin. Plantinsulin ini, berfungsi mengurangkan kandungan gula dalam darah dan air kencing.

Ia juga berkalori rendah serta berfiber tinggi. Selain memiliki vitamin B1, B2, B3, C, magnesium, asid folik, zat besi, fosforus dan magnesium, ia juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit.

Peria juga mengandungi 140 gram beta karotin untuk penglihatan di samping zat besi (6.1 miligram), fosforus (10 miligram),dan kalium ( 16 miligram). Ketiga-tiganya adalah garam galian untuk metabolisme yang mengekalkan fungsi badan. Selain itu buah peria juga mengandungi natrium (17 miligram), serta vitamin B I (0.08 miligram), vitamin B2 (0.07 miligram), dan vitamin C (53 miligram).

Kandungan dalam 100 gram peria adalah 92.4% air, 1.6% protein, 0.2% lemak, 0.8% mineral, 0.8% fiber dan 4.2% adalah karbohidrat. Nutrisi yang tersembunyi ini telah terbukti apabila ramai pakar telah membuat kajian mengenainya dan mendapati peria boleh merawat beberapa penyakit.

Berikut antara penyakit yang mampu dihindari dengan khasiat yang terkandung dalam peria;

1. Diebetes -dengan meminum air rebusan buah peria mampu menurunkan paras gula dalam darah.

2. Cirit birit

3. Buasir

4. Masalah darah kotor (kudis buta dan bisul)

5. Masalah ketagihan arak – minum air rebusan daun pokok peria.

6. Asma

7. Mengubati taun di peringkat awal

8. Memberi tenaga dan stamina

9. Menguatkan sel imunisasi badan


Tip mengenai peria:
• Pilih peria yang belum masak dan masih keras
• Elak membeli yang telah bertukar warna kekuningan atau menjadi lembut. Peria yang masak lebih pahit rasanya.
• Simpan peria di bahagian sayuran dalam peti sejuk untuk mengelaknya daripada cepat masak dan menjadi lebih pahit.
• Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam peria di dalam air garam kira-kira setengah jam sebelum memasaknya.
• Peria kecil lebih pahit berbanding yang besar.
• Jangan makan terlalu banyak peria dalam sehari kerana ia akan menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
• Jika buat jus peria, campurkan dengan madu, jus lobak merah atau epal agar lebih sedap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...